AIR KUNING, 6 November 2026 – Badan Perhubungan PAS Negeri Perak meneruskan agenda pentarbiyahan ahli menerusi penganjuran Liqo’ Fikri bulanan yang berlangsung di Markas Tarbiah PAS, Air Kuning, pada Jumaat.

Mengangkat tema “Memperteguh Kepimpinan Ulamak: Mendepani Cabaran Bernegara”, program kali ini menampilkan YB Ustaz Mohd Asri bin Mat Daud, Ahli Jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Pusat, sebagai naqib.
Liqo’ Fikri menjadi antara medan penting dalam memperkukuh kefahaman ahli terhadap dasar perjuangan Islam, memantapkan fikrah serta memperteguh peranan kepimpinan ulamak dalam menghadapi cabaran politik dan kenegaraan.
Selain pengisian ilmu, pertemuan bulanan ini turut menjadi ruang menyuburkan ukhuwah, memperkukuh kesatuan saf dan membina kekuatan dalaman ahli agar terus istiqamah dalam melaksanakan amanah perjuangan.

Agenda tarbiyah yang dilaksanakan secara berterusan ini penting bagi memastikan setiap ahli bukan sahaja memiliki semangat perjuangan, malah dipandu oleh ilmu, kefahaman dan kesedaran terhadap tanggungjawab kepada agama, masyarakat serta negara.
Perjuangan yang panjang memerlukan jiwa yang sentiasa ditarbiyah, fikrah yang terus diperkukuh dan saf yang kekal bersatu.
Terus belajar, terus memperkukuh kefahaman, terus istiqamah.
#LiqoFikri #PASPerak #TarbiyahPerjuangan #KepimpinanUlamak #PemantapanFikrah #IslamMemimpin



Leave a Reply