SELAMA, 25 OKTOBER – Program Fun Walk (Jalan Kok Bendang) Selama Sihat 2026 berjaya menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta dalam suasana penuh meriah meskipun terpaksa berhadapan dengan keadaan cuaca hujan.
Program yang berlangsung di kawasan bendang sekitar Sungai Bayor itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai lapisan masyarakat yang tetap bersemangat menyertai aktiviti yang telah dirancang.
Keadaan hujan yang pada awalnya menjadi cabaran tidak mematahkan semangat peserta, malah mencetuskan suasana tersendiri sehingga program tersebut mendapat gelaran spontan “Fun Walk Bertukar Fun Rain”.
Selain aktiviti berjalan kaki, pelbagai acara sampingan turut memeriahkan program, sekali gus menjadikan penganjuran ini sebagai medan mengeratkan hubungan silaturahim dan semangat komuniti dalam kalangan masyarakat setempat.
Pihak penganjur turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua penyumbang hadiah cabutan bertuah, termasuk hadiah utama sebuah motosikal Honda EX5, penaja makanan dan minuman serta individu yang memberikan sokongan bagi menjayakan program berkenaan.
Penghargaan turut diberikan kepada pihak yang membantu mempromosikan program, antaranya Marwaniskstudio, Sungai Bayor FM (Abe Mat), Photographer Pemalu dan PASTI Kawasan Larut.
Kerjasama pelbagai agensi turut menjadi antara faktor penting kelancaran program, termasuk IPD Selama, Balai Polis Sungai Bayor, Majlis Daerah Selama (MDS), Angkatan Pertahanan Awam (APM), RELA, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), masjid, surau serta agensi dan komuniti setempat.
Tidak dilupakan penghargaan kepada penduduk kampung, ketua-ketua kampung, keluarga Allahyarham Pak Su Bidi selaku tuan rumah, Azrul bin Kahirul Aman, Fazli bin Zakaria selaku tuan bendang serta pemilik tanah lain yang terlibat.
Pihak penganjur turut menzahirkan penghargaan kepada seluruh petugas dan sukarelawan yang bertungkus-lumus memastikan program berjalan lancar dari peringkat persiapan sehingga selesai.
Kejayaan menghimpunkan kira-kira 2,000 peserta ini membuktikan bahawa program berteraskan komuniti seperti ini mampu menyatukan masyarakat tanpa mengira usia dan latar belakang.
Semoga penganjuran Fun Walk Jalan Kok Bendang Selama Sihat dapat diteruskan pada tahun hadapan dengan penyertaan yang lebih besar.
Selama Sihat, Komuniti Sepakat!
Terima kasih penyumbang makanan,minuman & penaja cabutan bertuah
- JPrD Selama
- YB Dato’ Seri Hamzah Zainudin (Ahli Parlimen Larut)
- Semesta Niaga
- Cikgu Razis Awang
- Ustaz Ahmad Bakhtier Muslim
- Cikgu Zulkifli Wan Seman
- Caltex Selama
- Kedai Runcit IZR, Simpang 3 Banggol Jas
- Gua Rimbunan
- Boss Samjie The Legend
- Kopitiga7
- PAS Cawangan Sungai Bayor
- PAS Cawangan Garok
- PAS Cawangan Banggol Jas
- PAS Cawangan Jalan Taiping (Pekan Selama)
- PAS Cawangan Kuala Nor
- PAS Cawangan Jalan Menteri
- HELWA DUN Selama
- PAS Cawangan Kg. Tua Ulu Krian
- PAS Cawangan Batu 6 & Batu 7
- PAS Cawangan Bukit Bertam
- PAS Cawangan Sungai Rambutan
- PAS Cawangan Sungai Star





Leave a Reply